Dec 22, 2012

trimester kedua-perubahan si ibu #2

at 12:51 PM
Assalamualaikum!

Sambungan untuk entri #1 dulu. Sekarang ni saya berada di minggu ke 22 kandungan. 

Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi.

Perubahan si ibu ;

8. PERUT SEMAKIN MEMBESAR
    After 12 minggu kehamilan, rahim akan membesar dan melewati rongga pinggul. pembesaran rahim berlaku sekitar 1cm setiap minggu. sekarang aku dah 22 minggu, maksudnya dah 10cm lam rahim membesar selepas 12 mingggu? huwaaaa besar jugak tu.. tapi mmg dah nampak la perut yang dah makin memboyot ni. seluar time muda remaja semua da xleyh pakai. semua kena beli baru. dah x muat dah. y kecik y besar semua beli baru okay mommy-to-be sekalian. bukan setakat perut, rs mcm 1 bdn membesar hak2

9.PERTUMBUHAN RAMBUT DAN KUKU
    perubahan hormon akan membuatkan kuku and rambut tumbuh lagi cepat. ia kan cepat panjang dan kadangkala tumbuh di tempat x diingini spt wajah n perut???-kuku memang aku perasanlah cepat je panjang, baru je potong nak kena potong lagi. rambut x berapa perasan sbb rambut aku ni mcm mengalami tumbesaran yang terbantut? hehehe xde lah. cuma lambat panjang sejak dr dulu lagi tapi so far xde la tumbuh di tpt2 x diingini spt muka ke.nanti xtau la hehehe

10.SAKIT PERUT DI BAHAGIAN BAWAH
     ligamen dan otot menjadi renggang utk menahan rahim y semakin membesar. - yang ni pun adalah perkara biasa sejak perut membesar ni. bersin sakit, batuk sakit. rs otot menegang2. tp semua utk babyku yang tercinta ini kekekeke-RASA SAKIT BERSIFAT SEMENTARA DAN TIDAK TETAP. BOLEH DIATASI DENGAN DUDUK ATAU BARING DALAM POSISI YANG SELESA.

11.PERUBAHAN KULIT
    garis warna coklat dikenali sbg linea nigra. perubahan pd wajah disebut chloasma atau topeng kehamilan menunjukkan kekurangan asid folik. strecth mark terjadi disebabkn kulit merenggang leih dr biasa pd perut n payudara y akan menyebabkn rs gatal. - waktu awl2 dl dlm trimester pertama mmg muka aku gelap gelita mcm kena sunburn. garis kt perut pun ada.tp skang wajah dah berseri2 sket kot hak2. dannnn da start rs gatal2 kt perut o ak akn letak minyak lah. slalu kena marah ngan hubby bila aku tunjukkan tanda2 nak menggaru hak2

12.KEJANG KAKI
     disebabkan peredaran darah di dalam tubuh anda yang lebih lambat drpd biasa di waktu kehamilan. - oh oh oh yes yes! 2 ,3 minggu kebelakangan ni memang tiap2 hari kejang betis di waktu pagi atau malam. pastu meraung2 kejut hubby sebab bdn terus mcm orang mati x bergerak2 hahahaha. mana penah kejang kaki kan. sian encik hubby kekeke. petua dr senior, pagi2 jangan menggeliat hihihi

13.PEMBENGKAKAN
     40% wanita akan mengalami pembengkakan ketika mengandung. terjadi disebabkan peningkatan hormon ibu berlakunya penahanan cecair dlm tubuh. biasanye berlaku pada muka, kakai dan tangan. terjadi sekiranya berada dalam posisi baring atau duduk terlalu lama.- yang ni aku perasan pada kaki lah sebab kasut2 sekarang dah x muat. sakit dah bila pakai. so akan selalu urut2. mangsaku tentunya hubby yang penyayang kuikuikui. tapi kena selalu urut untuk mengurangkan bengkak. so far tangan n muka belum lagi cuma bengkak penambahan lemak tu adalah kot hehehe
 sebab bos aku pun tegur muka aku dah bulattttttttttt

14.MERASAKAN PERGERAKAN BAYI.
    pada minggu ke 15 hingga ke 22 sepatutnya dah boleh mula rasa pergerakan bayi. buat yang pertama kali mengandung, mungkin lambat sikit nak perasan tentang pergerakan ini. macam aku. minggu ke 18-19 baru perasan pergerakan bayi. bila orang tanya, aku xtau nak explain cmne. mcm plup2? hahaha. ye macam belon2 udara yang bergerak dalam perut. lagi2 kalau aku duduk posisi x selesa mulalah baby bergerak2 hehehe. hubby jeles je sbb dia pun nk tengok jugak tp skang xnmpak lagi kot dr luar. tgu betul2 besar br nmpak dr luar kot hehe.

So, korang pula bagaimana? seronok kan melalui pengalaman2 time pregnant. dah halfway , another 4 months to go!!!
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea