Dec 1, 2012

kandunganku di usia 19minggu!

at 5:20 PM
Assalamualaikum!

kandungan kini sudah mencecah usia 19 minggu. lagi seminggu dah nak masuk 5 bulan! can you imagine it? diriku y comey lotey ini dgn perut membesar 5bulan kuikuikui...

percaya atau tidak, itulah hakikat kekeke

okeh! mari kita tengok apa yang berlaku kat baby dalam perut ini


  • Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat anda dan uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Ukuran fetus sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 9 auns / 240 gram.
  • Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. -yang ini x dapat dipastikan haha. pernah jugak rasa mcm geli2 je lam perut tapi kadang2 je. mungkin sebab kali pertama pengalaman so xkenal lagi rasa macam mana tendangan lembut bayi kuikuikui
sekarang ni sering jugak la sakit belakang dan bahagian tulang bontot ini. berdiri lama sikit sakit, duduk lama pun sakit bila bangun nak berjalan. kalo buat kerja banyak sikit pun sakit-sakit datang..

nak buat macam mana inilah pengalaman yang bukan semua orang boleh rasa. haruslah banyak bersabar dan berehat..

plan nak pergi scan lagi sekali. scan yang lagi detail untuk tahu jantina . papa dah excited panggil daniel & durratun. hehehe

xsangka dah separuh perjalananku...lagi separuh jalan nak kena harungi, harap semua akan baik2 saja..

so bakal2 ibu di luar sana pula bagaimana? mari2 kita kongsi sama2.. eh macam pantun puloks hahaha
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea