Dec 29, 2012

angin burb-burb xmo kua2

at 11:42 AM
Assalamualaimum!

Selamat hari hujung minggu!!! hehehe

hmm sepatutnya harini excited sebab barang dapur baru nak sampai, tp kesannye dah hilang sejak kegagalan mereka menghantarnya pada hari sabtu minggu lepas. hampeh!

alkesahnye, 2-3 harini ni xberapa nak sehat.

hari khamis malam, aku makan malam agak lewat sambil2 menunggu encik suami yang kerja lebih masa. tunggu punya tunggu sampai kol 930 xbalik2, perut dah meragam. so aku amek keputusan nak makan dulu lah.

ingatkan segalanya ok lah. keesokannya terus rasa lain macam dalam perut ni. rasa xsedap sebab angin dah menderu2 masuk. tapi lunch boleh makan lagi. 

pastu bila nak makan malam, selera terus hilang. xleh nak makan langsung. pastu tetiba rasa nak muntah. apa lagi berlari2 pergi toilet muntahkan balik segala isi perut yang dimakan waktu tengahari tadi. keluar sebijik2 nasik and lauk pauk yang dimakan. dalam erti kata lain memang makanan x hadam langsung.

dinner malam tu pun ak da xleyh nak makan banyak. perut penuh angin, selera semua hilang. makan 2, 3 mulut je mampu. 

malam tu langsung x boleh tidur sebab angin menusuk2 kat hulu hati. rasa pedih. senak segala lah. pusing kiri xjadik, kanan xjadik, kejut hubby suruh urut. satu lagi masalah sebab aku ni jenis xreti nak sendawa burb2 kuarkan angin. pastu tidur kejap, bangun muntah2, tidur kejap bangun lagi nangis2 sebab xleyh tdo, esok dah la nk kena pergi keja awal, kerja byk.

tapi angin masih x hilang2. esoknya kat tempat kerja, hubby belikan nasik lemak. dapat pulak sambal peparu yang manis macam masak ngan air gula lagilah aku xleyh telan. makan semulut dah xleyh go on. last2 minum air milo ngan biskut jacobs y kecik comel tu. tapi 2 keping pon xleyh nak habes.

tetiba rasa nak muntah, cepat2 bangun nak pergi toilet x sempat sampai kat pintu semua dah terkeluar dalam ofis. terus lari2 pergi sinki pantry. muntah lah segala air milo ngan biskut serta nasik semulut yang aku makan tadi. badan macam dah lembik.

then balik meja cepat2 siapkan kerja then amek mc half day.

pergi klinik. doktor cakap aku nya morning sickness baru nak start. erk? aku dah terang2 ckp xde, lepas 4bulan aku dah ok cuma bdn masuk angin. tp doktor bertegas jugak, memang dah berhenti tapi maybe start balik. baiklah doktor. so dapat lah segala macam ubat dengan harga rm60.

lepas tu terus pergi beli buah2, sebab yang lain2 xleh nak makan. doktor pun sarankan makan makanan yang cepat hadam dan yang cepat diserap nutrien. seperti jus buah-buahan, minum yogurt, home made soya, bubur etc. jangan makan makanan yang keras2 mcm nasik and all.

so balik tu aku makan buah epal sebijik, buah pear sebijik sebab lapar gila perut kosong dr pagi. lepas tu mkn ubat buang angin doktor bagi, kentut la jugak 2 kali. lepas tu tertidur. setiap sejam bangun makan buah, makan cereal, nestum. semua jenis mkn baby. then rs ok sket tapi still rs angin ada.

bila hubby balik, kerah hubby pulak urut2 sket nak kuarkan angin. dan malam tadi bolehlah tidur tanpa gangguan cuma bila bangun pagi tu rasa jugak senak2 kat hulu hati. bangun2 makan nestum + susu, buah2.

penat betul 2 , 3 hari ni. harap2 cepatlah hilang. demimu anakku, ama akan cuba bertahan. cewah! hahaha

oh ya. baby saya dah mencecah 23 minggu 1 hari! 

Berat bayi anda sekarang lebih sedikit dari satu paun / 500 gram dan dia berukuran lebih kurang 11.4 inci / 29 sentimeter dari mercu kepala ke tumit. 

http://www.babycenter.com.my/a1044282/perkembangan-fetus---hamil-23-minggu#ixzz2GPPQ1Qwg
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea