Assalamualaikum!
minggu lepas pergi buat 3d/4d scan kat hospital umra shah alam. pada awalnya macam malas2 nak pergi, tapi disebabkan keinginan membeli baju terbantut bila xtau jantina. geram nak beli baju baby girl y comel2 tapi kang takut kua baby boy pulak.
maka digagahi jua pergi umra after kerja khamis lepas. pergi pukul 8 malam. melayang RM180. phew~
hampir sejam kami duduk dalam bilik tu, menilik2 baby kecil yang comel geram mcm nak cubit2 aje.
mula2 kedatangan kami disambut dengan senyuman manis oleh si kecil. alahai, melted si ibu dibuatnya. amazing kan. kuasa Allah menjadikan perut wanita mampu untuk menampung benda hidup di dalamnya, selama mana yang Dia benarkan.
Lepas tu ditunjukkan setiap anggota badan baby. kaki, tangan, kepala, otak, perut, muka, dengupan jantung..pendek kata semua sekalilah yang mampu ditunjuk.
Syukur Alhamdulillah babyku membesar dengan sihat. walaupun xsemua yang dilihat tu 100% accurate tapi seperti yang diberitahu, semua normal. saiz, berat etc masih dalam kategori normal mengikut usia kandungan.
tapi belum ada rezeki nak tau jantina, sebab tangan baby yang satu lagi asyik duk tutup je kat situ. pemalu macam mama agaknye kui3.
biarlah rahsia dulu buat sementara ini hehe. kalau ada rezeki kita jumpa lagi lain kali ok baby!
babai mama n papa! |