Jan 12, 2013

boboi ke gegel?

at 11:07 PM
Assalamualaikum!

haaa jawab salam dulu baru boleh gelak okay!

aku pun nak tergelak sebabnya aku xtau sebenarnye nak eja gegel cmne. gigirl? gugirl? gegirl? konon2 nak buat tajuk bajet comel tapi mcm gedik terlebih pulak kan. xpo lah janji org paham. xpaham sudah. ada aku kesah? jgn la marah... nanti Tuhan marah. eh dah jadi pantun 5kerat sudah.

ok, sekarang ni baby dalam kandungan sudah 25minggu Alhamdulillah. kesihatan mak labu (makcik cleaner kat ofis panggil aku mak labu aritu) semakin pulih sejak perut masuk angin minggu lepas. so far dah ada selera makan balik. boleh lah nak topup balik zat2 utk si kecil.

skang ni, hari2 duk menadah telinga dengar soalan yang sama dari semua orang kat ofis.

"bape bulan?"------------------> 6 bulan

"laki ke pompuan?"--------------> xtau lagi

"dah scan ke belum?"----------------->aritu dah, tapi xnmpak.

"baby malu la kot"---------------> hehehe

so begitulah, aku pun xtahu laki ke pompuan. xde la excited sgt nak tau gender. tgu besar sket lah br nk g scan kot hehehe. skang ni biarlah rahsia dulu.

*tapi skang ni hari2 duk panggil daniel hak2

haritu ada pergi wharehouse sale kat area sini. dah beli sikit2 keperluan baby. banyak lagi dalam list y x terbeli ni hehe. 

pastu tadik pergi pulak kat baby kiko clearance sale. tp xde apa pon yang dihangkut bwk balik utk baby. sebab kebanyakannya untuk baby yanh dah besar, pastu baju pulak banyak yang baju nak bwk kua ank jalan2 gitu, penuh bergaya. so aku x rs perlu utk aku beli lagi. skang ni nak beli baju2 tidur je sbb nanti br boleh beli bj jalan2 kot. pastu tempat pulak mcm sempit sgt, orang penuh. dorg buat kat kantin je. so agak padat nak memilih, x selesa, so kami pulang aje lah.

maybe pergi yang kat PWTC kot next week. tgk y mana perlu je. bukan nak beli beria2 sangat. 

oh haritu ada pergi buat check up kat klinik. nanti lah ak cter kat next entri. mata ne~
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea