Assalamualaikum!
memandangkan harini super duper bosan ditinggalkan suami keseorangan di rumah, maka merajinkan diri buat post baru kat sini.
so nak bercerita pengelaman pergi buat pemeriksaan kandungan kali ke2 di klinik kesihatan.
sampai klinik lebih kurang pukul 8pagi. yela, cakap appointment pukul 8 kan, so aku datang la pukul 8 tapi sebenarnye salah. kena datang lagi awal sebab dorang akan start bagi nombor pukul 730 untuk appoinment pukul 8.
so dapatlah nombor 2063. maksudnya orang yang ke 63 lah. so tunggu je la giliran untuk dipanggil, untuk timbang berat dan check BP, dan jugak amik result untuk blood test and urine test last check up.
kat sini yang agak tak paham sebab, dorang mengambil masa sejam stengah utk memanggil pesakit. xtau la apa dorang buat. kol 930 baru dipanggil semata2 untuk timbang berat dan BP sahaja! kenapa la xsediakan aje kaunter banyak2, so that bila kita sampai terus je proceed pergi timbang check BP kan. sbbnya bila dia panggil untuk timbang tu bukan ikut turutan nombor pon. nombor tu sekadar senang untuk dipanggil nanti, bukan untuk ikut sape smpai dulu dia pergi dulu pun. haihhh.
then lepas timbang berat segala, pergi pulak kat kaunter untuk check kepekatan hemoglobin dalam darah (kot) ,so nurse akak cucuk kat jari. then kena buat urine test. masa ni nasib la kalo time tu x ramai tunggu, kejap je la.
yang paling lambat ialah nak menunggu untuk dipanggil jumpa nurse untuk buat pemeriksaan kandungan.
sejam stengah jugak lah menunggu. aku tengok dorang x panggil ikut nombor pun. xtau lah ikut apa. pelik pon ado. sebabnya masa menunggu, tetiba nombor lagi banyak dr nombor aku dah dipanggil dulu, pastu cantik je ikut turutan ; 2060, 2061, 2062, 2064 tetiba patah balik 205*.nombor aku tertinggal kat tengah sejam lepas tu baru panggil.
masuk jumpa nurse kol 1130. sembang2 skejap. tunggu nurse isi buku yang lama. pastu check perut. nurse nak cari heartbeat baby tapi x jumpa2 sebab baby asik gerak2 je. anak aku pun dah bosan menunggu agaknya hak2.
lepas tu pergi bilik suntikan lak nak amek suntikan vaksin untuk kandungan anak sulung. kejap je dah siap. then baru boleh balik.
kesimpulannya, banyak masa dihabiskan untuk menunggu sahaja. kadang2 menunggu yang x pasti pun. walaupun nombor kat papan tu beza seketul je ngan nombor sendiri, belum tentu nombor ko akan dipanggil. so motif bagi nombor? supaya senang nak panggil je, xikut turutan pun.
hasil dari check up kali ni;
berat aku cuma bertambah 0.3kg je dari 5bulan dulu. sangat sedikit.
BP normal.
kepekatan hemoglobin normal la kot. kalo x dah kena jumpa doktor kan.
yang lain2 xde masalah. jantung baby ok. baby pon gerak2.
maybe next check up dah kena start kira bape kali baby gerak kot.