Assalamualaikum!
dah lama x menjengah kat blog snirik. xde apa yang menarik nak diceritakan. memandangkan 2hari lepas pergi klinik kesihatan untuk monthly check up, maka cerita pasal tu aje lah.
so, seperti biasalah saya amek appointment pukul 8 pagi walaupun saya tahu saya xkan dapat buat pemeriksaan perut jam 8 pagi. well, belajar dari pengalaman last check up. so saya bermalas-malasan untuk check up kali ni. dah bawak bekal novel siap2 untuk membunuh masa.
sampai klinik pukul 830. dapat nombor 2114. nombor sekarang 2000. maksudnya belum ada sesiapa yang dipanggil untuk buat pemeriksaan perut lah sebab starting nombor adalah 2000, sama seperti check up kali pertama dan kedua.
so saya menjangkakan untuk dipanggil timbang berat tidak awal dari pukul 930. well, berdasarkan pengalaman lepas. maka saya bukak novel lah siap2. agak2 kol 9 lebih baru alert nama yang dipanggil and as expected, 930 lah baru nama saya dipanggil.
lepas timbang berat tunggu lagi dalam 15-30 minit untuk dipanggil , ambil BP dan sedikit nasihat lah. kemudian kena pergi ke kaunter 18 untuk amek darah kat hujung jari macam biasa, untuk check kepekatan hemoglobin dalam darah, dan juga urine test.
dah siap2 semua ni pulangkan buku ke dalam bakul di kaunter daaaaaaaaaaaaaaaan semuanya baru bermula. tunggulah sampai nombor giliran anda tertera di papan nombor dan kena sentiasa alert ye kengkawan. sebabnya nombor yang dipanggil tak ikut turutan. so berserah sahajalah.
pungpang2, kol 12 lebih baru jumpa nurse, check perut. nurse cakap kepala baby dah kat bawah. pastu jantung baby sangat cepat berdegup. terus nurse tanya aku, lapar ke? alahai duk menunggu aje dr pagi smpai tengahari, makan karipap je bfast tadi maunye x kebulur kan.
kemudian nurse tanya mcm biasa lah "sihat ke harini'? berdasarkan pengalaman lalu, jawab ajelah keadaan untuk hari tersebut sahaja, jangan nak pandai2 cakap seperti "xberapa sehat sangat sejak dua hari lepas" sebab dikhuatiri nurse akan jawab balik " saya tanya untuk hari ni aje, bukan 2 ari lepas". so jawab soalan nurse terus ok.
kemudian nurse dah suruh start kira pergerakan baby sebab dah masuk 7 bulan. katanya, ramai dah orang kat klinik ni yang xsedar anak mati dalam kandungan waktu cmni. so aku kena alert lah pergerakan baby. start dari 9 pagi sehingga 9 malam, minimum 10x pergerakan. kalau x cukup, kena terus pergi klinik bahagian kecemasan untuk pemeriksaan lanjut.
kemudian kena suntikan vaksin dos ke2. sampai sekarang rasa sengal, lenguh2 lagu kat bahagian bahu ni.
kesimpulan dari lawatan kali ni :
berat naik 1 kg sahaja, sepatutnya kena naik 2kg. kalau x, baby x membesar. dinasihatkan minum susu 2x sehari dan makan dengan banyak untuk pertambahan berat yang seimbang.
BP ok, normal
dorang x komen apa2 pasal urine so maksudnya xde masalah la tu
kepekatan hemoglobin 11.7, normal jugak
lepas ni kena jumpa setiap 2 minggu puloks. xpercaya je rasa dah masuk 7 bulan. walaupun perut nampak kecil seperti yang diberitahu oleh semua orang setiap kali tanya saya berapa bulan, hasil dari ukuran nurse, kebesaran perut saya adalah normal dan memang sesuai untuk usia 7bulan. pendek kata, xterlalu besar dan xterlalu kecil. samalah macam size baby masa buat scan dulu. size normal baby untuk usia kandungan ketika itu. Alhamdulillah. suma kena struggle sket nak tambah berat. dannn juga alert kira pergerakan baby. kol 1pm baru keluar klinik. phew~nearly 5jam bertapa kat klinik. wuwuwuwuwu
ayuh baby! mari kita mengira sama2 ok~
Menjelang minggu ini, berat bayi anda ialah sebanyak 2.3 paun / lebih sedikit dari 1 kilogram dan mungkin berukuran 14.8 inci / 38 sentimeter panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa ini, bayi anda yang di dalam rahim itu sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar. Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul.
|