Mar 16, 2013

dupdapdupdap..41 days to go!!

at 10:53 AM
Assalamualaikum!

Sekarang saya dah minggu ke 34. 

Your baby now weighs more than 4.7 pounds / 2.2 kilograms and is 18 inches / over 45 centimetres from top to toe. She's filling out and getting rounder - she'll need her fat layers later to regulate her body temperature.

So dah mula prepare siap2 mental and fizikal kerana bila2 masa je dari sekarang saya mungkin akan melahirkan zuriat pertama kami.

Sekarang, setiap hari saya akan google pengalaman bersalin. Baca banyak2 pengalaman orang lain yang bermacam2 supaya saya bersedia nanti.

Sekarang pun saya dah mula google macam mana nak jaga bayi. macam mana nak menyusukan bayi selepas kelahiran. macam mana itu dan macam mana ini. *sigh*

Sebab saya sangat cuak sebenarnya.

Macam mana kalau saya rasa contraction kat ofis? 
Mampukah saya nak tunggu sampai sakit selang 5 minit baru nak pergi hospital?
Macam mana nak tahu?

Hmmm...banyak sangat yang saya fikir, buat saya cuak, buat saya takut, sebab ini kali pertama saya...

Orang cakap sakit nak bersalin ni sukar untuk digambarkan. Hanya Allah dan orang yang mengalaminya sahaja yang tahu.

Mampukah saya mengahadapinya? Bila suami urut2 malam2 pun saya dah menjerit macam kena potong tangan. Saya ni macam terlebih manja pulak, sakit sikit pun dah x boleh.

Semoga Allah permudahkan segalanya. Semoga semangat saya kuat demi bayi yang saya sayang.

Kadang-kadang rasa macam x sabar2 nak jumpa baby, xsabar nak peluk cium baby..walaupun saya xdapat bayangkan malam2 saya yang akan datang, yang akan banyak berjaga dari tidur.

kadang-kadang saya rasa macam.."baby duk la lama2 lagi dalam perut mama ek" bila fikirkan keadaan bila tiba masa nak bersalin nanti.

Gambarou!
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea