Mar 16, 2013

jom jadi mak nujum!

at 9:28 PM
Assalamualaikum...

alkesahnye, lagi 40 hari nak brsalin tapi jantina belum dikenalpasti lagi hehehe.. ramai orang tanya dan ramai macam pelik, x excited ke nak tahu laki ke perempuan?

huiii soalan. nak dapat anak ni dah lebih dari excited dah hehe. tapi kami macam xkesah lagi untuk anak sulung ni lelaki ke perempuan.

ramai duk teka2 anak dalam kandunganku ni laki ke perempuan. orang cakap naluri seorang ibu selalunya lagi tepat. masalahnya naluri aku ni asyik berubah2 hahaha. awal2 dulu bila orang sibuk cakap anak perempuan, aku berkeras dan berdegil ngan diri sendiri rasa macam anak lelaki.

pastu sejak akhir2 ni pulak macam anak perempuan. xda la nak kata sebab aku tengok tanda2 ke apa, tapi sesuka hati je nak rasa anak perempuan hahaha....dah banyak kali mimpi , semua mimpi anak lelaki. orang cakap mimpi selalu terbalik. Entah, xtau nak komen cmne kekeke..

Meh kita jenguk jap tanda2 yang orang duk cakap2. xsemua betul tapi meh kita main teka2 jap hehe


TANDA HAMIL BAYI LELAKI 
[O] • anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung. -kalau nak compare ngan orang lain, aku mmg xrasa teruk pun tapi xtau la kalau ni yang paling teruk utk dr snirik.kena tgu next pregnant br tau kot hehe
[X] • degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit -(137,150,157,150,136) xtetap sbb rasanya degupan jantung ni bergantung kepada keadaan ms buat check up. time aku kelaparan aritu jantung baby sumer smpai ke 150.
[O]• anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh -perut kan membesar ke depan..haha
[O]• perut anda kelihatan bulat sempurna 
[O]• bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap 
[X]• bentuk perut condong ke arah bawah 
[X]• sukakan makanan yang masam dan masin-memang dr dulu ak xsuka makanan masam.
[X]• suka makan daging dan keju 
[X]• tapak kaki selalu berasa sejuk 
[X]• tangan selalu kekeringan 
[ ?]• suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur -utara selatan xtau la pulokkkk
[O]• bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.-ada kaitan ke ngan suami??
[X]• anda kelihatan lebih berseri semasa hamil -xde org puji pun ak berseri2 maksudnya x la ek haha
[X]• hidung tampak lebih mekar -kalau hidung dah mmg mekar ni cmno hak2
[X]• selalu sakit kepala -kadang2 je..

KEPUTUSAN : 
[O] : 5
[X] : 9

 TANDA HAMIL BAYI PEREMPUAN 
[O]• mengalami morning sickness di awal kehamilan -memang ada pun masa 1st trimester
[O]• merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung -sebab mmg sakit sgt smpai skang
[X]• payudara kiri lebih besar berbanding kanan 
[X]• rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya 
[X]• bentuk perut condong ke arah atas 
[X]• perut tampak agak lonjong 
[O]• mengidam makanan yang manis-akhir2 ni je asyik rs nk mkn eskem, kek
[O]• sukakan buah-buahan -mmg wajib mkn buah2 tiap2 hari..
[X]• suka minum air atau jus yang bersifat masam -mmg xsuka y masam2 sejak azali
[X]• anda lebih cerewet semasa hamil -rs mcm x cerewet pon
[O]• mudah moody berbanding sebelumnya -yang ni mmg la perkara biasa je rsnya, perubahan hormon kan
[X]• kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil -kulit mcm biasa je.
[ ?]• tidak suka makan roti bersama kulitnya -mmg sejak azali x suka
[ ?]• payudara kelihatan mengembang -y ni xde kaitan rsnye sbb mmg lumrah bila pregnant mcm ni kan untuk penghasilan susu
[ ?]• suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur-utara selata semua aku reda ikut arah katil je. suka kiri actually tapi bila dah tdo golek2 ke kanan jugak...


KEPUTUSAN : 
[O] : 5
[X] : 7

nampak x kenapa kita xboleh percaya sangat ngan semua ni. banyak yang entah pape xde kaitan langsung.. lepas tu hasil keputusan dua2 xleh nak tentukan pon. tapi xpelah, saje suka2 kan. 

tunggu dan lihat sahaja keputusan pada hari kejadian nanti hehehe

p/s : tadi g jalan2 ternampak kat satu kedai gaun baby girl comel gila mcm bag tgn je. nasib baik xtau lagi. kalo x mmg dah beli siap2 hak2
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea