Mar 3, 2013

jom packing!!

at 1:12 AM
Assalamualaikum!

eh.eh packing2 ni nak pergi honeymoon ke haha. x abes2 lagi ke ngan honeymoon kan.. anak dah nak kua ni haaa, nak honeymoon ape lagi nye..

so nk packing pergi manakah?

jeng3...

moh kita tengok apa yang ada dan belum ada dalam list untuk disumbat2..


  1. Buku merah / buku pink -DONE
  2. Baju baby, stokin etc 3 pasang - DONE
  3. Diapers baby
  4. Lampin 3 helai-DONE
  5. Tuala baby-DONE
  6. Wet tissue-DONE
  7. Bantal baby-DONE
  8. Selimut baby-DONE
  9. Bathing set / toiletries for baby n mom-DONE
  10. Tisu kotak
  11. Mineral water-DONE
  12. Maternity pad-DONE
  13. Baju persalinan ibu
  14. Kain batik-DONE
  15. Selipar-DONE
  16. Sapu tangan-DONE
  17. Termos-DONE
  18. Cawan, pinggan, sudu-DONE
  19. Roti, biskut, susu utk ibu menyusu
  20. Plastik baju basah-DONE
  21. Stokin ibu
  22. Pump n storage-DONE
  23. nursing pad-DONE
DONE : semua dah ada dirumah, tunggu nak masuk lam bag ajo

haaaaaaaa. xkan xleyh agak lagi barang2 ni nak bwk pergi mana kan. nak pegi sepital le. oh sepital ni anak sedara aku y sebut...comel kan...

Sebab skang dah 8bulan kan. bila2 masa baby boleh lahir so kami perlu bersedia.. semua nak kena pack siap2 letak dalam kereta. sampai masa pergi bersalin je.

semoga segala dipermudahkan olehNya.

oh ya, semua list kat atas tu pun aku amek dari blog2 mana2 ntah. kalau rasa mcm xpatut anda boleh la buang or tambah kalau ada yang kurang. sebab aku ni 1st timer so bedal je semua yang org suruh bawak hak2.

chaiyok2! 54 days to go~

p/s : fuh penat seharian cari barang2 di sana sini


 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea