Mar 2, 2013

Cabaran paling besar ketika mengandung?

at 11:12 AM
Assalamualaikum! 

Cabaran paling besar ketika mengandung? 

Setiap orang ada dugaan dan cabaran yang berlainan, malah aku percaya setiap kandungan pun berlainan bagi orang yang sama. 

Well, since this is my 1st baby in 2nd pregnancy I cannot tell you the difference between each pregnancy hence my 1st pregnant was only up to 7 weeks. Eh tetibe cakap omputeh kan. lalalala~ 

Antara dugaan2 yang normal ketika mengandung 

1. Alahan/morning sickness 
2. Mengidam/Craving 
3. Lenguh2 sendi 
4. Sakit belakang 
5. Perubahan hormon /Mood swing 

dan lain-lain lagi.....

Pengalaman aku, mengandung selama 8 bulan ni, senarai atas tu memang adalah perkara biasa. Tapi yang paling mencabar mental dan fizikal ialah sakit tulang punggung. Maaf kalau ada yang terasa agak lucah ke, penggunaan kosa kata yang di luar batasan ke wuwuwu 

Memang ianya adalah normal tapi mungkin x semua yang mengalaminya. Dan aku, memang mengalami sakit di bahagian tulang p*****ng belah kanan start dr 1month sampailah ke 8bulan;sekarang la tu maksudnya. 

 1st five months dulu, rasa sakit yang amat ini berlaku bila duduk terlampau lama, tang sakit tu datang bila nak bangun. Disebabkan kerja aku ni memang depan kom aje 8jam berkerja, selang 2-3 jam bangun pergi toilet camtu la. 

So time nak pergi toilet ke nak pergi mana2 ke after duduk lama2 ni memang mencabar jiwa raga. Mula2 nak melangkah tu Ya Allah sakitnya x terkira. Memang jalan perlahan step by step gaya orang dalam pantang tu. Tapi lepas dah jalan sikit2 tu lama2 sakit tu hilang la. Pastu lepas duk lama pulak next 2hours nak pergi toilet ke sakit balik. Dan macam tu la seterusnya. 

 Tapi selepas masuk bulan 6 dan seterusnya, lain pulak yang berlaku. Dah xsakit bila jalan lepas duduk lama2, tapi kalau aku banyak jalan ke, berdiri lama sangat ke, angkat barang2 banyak ke haaa on the spot la sakit tu datang sampai xboleh berdiri tegak,berjalan mahupun membongkok sebab kaki belah kanan macam x mampu tampung berat?entah la. 

 Dan lagi satu keadaan bila nak tidur malam nya. Time nak baring tu memang sakit lah. Rasa macam ada tulang sendi yang x masuk betul je. Pernah x rasa sakit semacam kat bahu pastu suruh orang tarik kuat2 sampai bunyi baru lega. Haaaa rasa sakit macam tu la tapi xkan nak suruh encik suami tarik kaki kuat2 pulak kan, maunye tercabut plus risau terjadi apa2. maklumlah time pregnant ni banyak yang nak kena jaga. Kang tersalah urat ke apa takut effect kat baby lak kan. 

 Maka yang menjadi mangsa adalah si suamiku hewhewhew. Setiap malam sebelum baring dengan betul aku akan suruh encik suami urut sikit kat mana yang patut lah. Sebab dia punya sakit kadang2 terasa sampai ke betis. Lepas dah urut sket2 baru boleh baring dengan selesa. Kalau x memang xleh baring langsung.mengiring pun sakit. 

 Aritu time balik kampong, mak mertua offer nak g mengurut kat umah bidan. Cepat2 aku menolak sebab aku ni anti-urut haha. Kang gelilah, sakit lah. Mulut xreti diam. Malu la I nanti hak2 

 Dugaan yang lain2 macam alahan tu biasa2 je.Alhamdulillah x teruk sangat bila dah masuk bulan ke4. Craving? Lagi la xde langsung. Makan apa yang terlintas je. Xde la mengidam nak makan daging rusa panggang ke, daging burung unta ke, durian belanda ke, atau apa2 yang pelik lah. 

 Mood swing tu kadang2 bila dia datang tu memang keluar la jugak perangai mengada2, cepat nanges. Yang ni memang xley blah.tringat satu peristiwa yang melibatkan hati dan perasaan ni. 

 Hari tu aku ada training pukul 830 pagi sampai 530 petang . working hours start kol 730 pagi. So ada la sejam untuk siapkan sumer kerja before pergi training.maka pada malamnya aku set la alarm siap2, nak bangun awal so boleh pergi kerja awal sket la, bajet2 kol 7sampai la ofis. Malam tu phone xde bateri sangat so charge kat side suami. 

Esoknya bila dah bunyi membingit aku tepuk2 la suami. Pastu tidur balik. Nak tahu apa jadi? Sedar2 je dah pukul 7lebih!! Rupanya encik suami bangun terus off alarm, bukan snooze . pastu xde la kejut ke apa. Haaa memang dah terlambat sangat la.hangin satu badan, stress sumer ada. 

730-745 kot baru kuar rumah. Dah la dr LDP nak masuk federal jem yang amat. Sepanjang2 perjalanan ke ofis aku menanges. Sebab takut xsempat siap kerja sebelum pergi training. Nanges sambil blame encik suami hak2. Sampai2 ofis before 830, buat kerja sikit2, sambung kerja time lunch break. Sempat je kerja tu diselamatkan .

Cuma aku ni jenis yang xsuka keadaan macam tu. Walaupun kerja tu ada je back up tapi aku xsuka . selagi aku boleh buat, biarlah aku buat. Xpasal2 menangis hahaha . Dan ada la beberapa lagi insiden yang melibatkan air mata ni. Aku pun dah lupa hehe.encik suami xlupa kot haha. 

 Above all things, aku rasa yang paling rasa tercabar ialah encik suami sebab bilamana aku become weaker, mentally or physically he will always be beside me. Rela ke paksa rela ke memang xde orang lain dah tempat aku nak bergantung kan hehehe Walaupun macam mana sekalipun dugannnye, kena la tabah. 

Dulu macam mana la agaknye pembawakan budak masa arwah ma mengandungkan aku ek huhu . 

Nanti bila dah bersalin, mesti rindu dengan semua ni. Lagi2 sejak dapat rasa pergerakan baby kan. Syukur Ya Allah di atas nikmat kurniaanMu ini, berpeluang jugak merasa bagaimana keadaannya bila satu lagi nyawa berada di dalam badan.  ♥♥♥

Your baby now weighs approximately 3.75 pounds / 1.7 kilograms and is about 17 inches / 42 centimetres long from head to toe. Although his lungs won't be fully developed until just before birth, your little one is inhaling amniotic fluid to exercise his lungs and practice breathing. 
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea