May 3, 2014

xsedar sudah berisi

at 10:06 AM
Assalamualaikum!

harini nak cerita perihal kandungan kali ni, yang mana aku pun xsedar yang aku dah pun berisi.

Lepas bersalin Damia, aku memang fully breastfeed sampai lah 6 bulan, Alhamdulillah. Cumanya lepas tu dah start topup formula. makanya, period pun datang lambat. memang dikatakan begitu kalau breastfeed akan melambatkan perkara itu.

My 1st dtg bulan after bersalin kalau tak silap masa Damia berumur 7 bulan. Terus nak kena berjaga-jaga kan takut la lekat lagi skalik :P Yela, damia baru 7 bulan, mcm cepat sgt je kan. Tapi aku xde la ambil apa-apa pil perancangan, bajet2 sendiri la kan.

Bila kira-kira ikut kitaran sebelum bersalin, sepatutnya bulan 12 aku dah dtg lagi skalik. tapi x datang2. masa ni memang dah cuak. hahaha. plan x berapa menjadi barangkali. So bila dah 2 minggu lambat, aku buat la pregnancy test. Tapi negative. So dalam hati terfikir, mungkin kitaran dah terganggu atau berubah sebab lepas bersalin, dan masih lagi breastfeed.

Tunggu lagi 2 minggu, tak jugak datang. Test lagi sekalik. Masa ni memang curi2 je beli test kit tu. sebab kalau husband tahu mesti dia dah bising sikit, dia paham sgt ngan perangai isterinya yang xsabar2 ni. perasaan ingin tahu membuak2 gitu hahaha. Tapi masih juga negative. 

Dengan muka sedihnye, aku pendam je la haha.

Masa berlalu begitu sahaja......

Sehinggalah suatu hari, aku dah start rs pening2. xde selera makan sgt. Bila makan banyak rs nak muntah. sampai mc sehari sebab bp rendah, kurang mkn punya psl. Memang xleyh jadi. Pergi beli lagi skalik sebab biasalah, tak puas hati nak tahu jugak, kot2 pregnant kan. asal pening, loya2 sket je pregnant kan. padahal byk lg sebab lain hahahahahahaha tapi peduli apa aku :P

senyap2 test malam. xsabar sgt. wpun kalau nak ikutkan lagi bagus test pagi sbb kandungan urine tu asli sket, xtercmpur ape2 mkn lagi so kandungan hcg lagi tgi. kalau pregnant 1-2 mgu pun dh boleh nmpak hasil.

Test punya test, keluar double line!!! aku terdiam kejap lam toilet. mcm xpercaya jugak sbb tiba2 dah pregnant kan. tapi xtahu berapa minggu. pergi beli pulak y digital, y siap boleh keluar berapa minggu. tup2 kuar 3mgu +. kalau mcm tu maksudnye dah lebih 3mgu tp masih xtau exactly la.

kalau kira last dtg bulan, 3bulan. tp nak memastikan lagi pergi scan kt umra. size baby 8mgu. beza sebulan gitu. 

Begitulah ceritanya.

Dan sekarang, ketika post ini di tulis, Alhamdulillah dah 20 mgu kalau ikut size scan. Due date will be 20th Sept 2014, insyaAllah. Semoga semua dipermudahkan.

Damia pulak lagi 4 hari , berumur 13 bulan. kecik2 lagi dah nak jadi k.long ek haha. Alhamdulillah rezeki anak dipermudahkan Allah.
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea