May 14, 2011

seronoknya buat preparation!

at 11:14 AM
hi guys, ladies n gentlemen, tuan-tuan dan puan, bla bla bla....ok enough.

ni haaa meh sini nak habaq mai sket. skang ni aku dalam proses survey sana sini la. dah sorang penang sorang shah alam tu je la yang mampu setakat ni. so nak cte nye, bila dah survey banyak2 makin lama makin pening. makin lama makin stress haha. bak kata kawan aku, tu la yang membuatkan preparation ni menyeronokkan. tang mana seronok aku xtau la kekeke.

ok. yang aku nak citernye cmni. ktorg carik2 sumer tu kat kahwinmall kalo x silap. pastu banyak la kan mereka yang sediakan perkhidmatan perkahwinan. tapi yang xbestnya, orang letak website dia pun nak jugak. tapi bila bukak, hapa pun tarak!  kosong! no post! apa motif buat blog kan. tak paham betul la. pastu yang xde tu pun banyak jugak. aku paham la bukan semua orang rajin, ada masa nak buat website bagai. tak cukup masa nak handle sumer. yes, i know. tapi kalau dah buat tu at least isi la apa2 yang patut. pastu pulak ada yang buat blog letak sumer cukup lengkap. tapi xde apa-apa yang boleh dihubungi. phone number, email sumer xde! pastu bila aku tengok orang yang duk tanya2 kat every post xde pulak dia reply. cmno tuh?

agak mengecewakan la. yela, kita ni bukan terus nak p terjah. at least tgk2 dulu cmne. perkhidmatan dia menarik ke x. ok ke x. lagi pulak alamat jauh2. kang pergi xde pulak. x ke haru?

tu bab website. kita p pulak bahagian sms or email. ada yang website under construction. kita p email dia nak tanya harga bla3. dah 2,3 minggu asik under construction jexkn nk tgu saje kan. bila p email tanya dia nye pakej, harga sumer boleh pulak dia suh datang kedai terus. memang la lagi bagus. tapi apa salahnya bagi je la dulu harga tu. kalau ok, kami pergi la kedai tu. kalau x ok, buat apa nak pegi lagi kan?tak cukup ngan pihak yang org sms 2 mgu xjawab2. call xnk angkat. komen kat facebook xnk balas. msg kat facebook taknak balas. tengok kat fb aktif pulak ngan benda lain. cmne tu?

haaaaaa itulah antara perkara2 yang membuatkan preparation adalah suatu perkara yang menyeronokkan! haha. memang seronok.
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea