Jan 28, 2012

Suratan takdir Ilahi

at 1:49 PM
Assalamualaikum! :)

Sebenarnya harini nak buat post lain, tapi buat post lain dulu lah. Remember last post? aku ada bleeding + cramping. pergi HTAR kol 12 malam kan. dan pada hari khamis malam pukul 1130 malam, kua ketulan darah beku xbesar sgt, besar hujung jari kelingking aku. bukan jari korang tau, jari aku sebab aku slim hihi. maka bergegas lah ke HTAR again . sampai2 dah kol 1230.

seperti hari sebelum, ikut prosedur and after 2 hours baru boleh jumpa doc pakar. bila check balik kat perut, kantung masih ada. bersyukur sangat2 walaupun layanan dorang malam tu mmg buat aku menangis. sangat kecewa. nanti lah, that will be another story. entah betul ke x ayat aku  men hentam je. haha

tapi cte tu x abes kat situ je. balik rumah bleeding n cramping nonstop. sangat sakit. sebab aku kalau period, senggugut xteruk.xpernah sampai menanges2.tapi kali ni memang menanges2. malam tu kol 2, perut aku sangat sakit, nak bangun pon rs xleyh. sakit sgt. mungkin aku xpernah rasa mcm tu.so ianya baru.maka aku x biasa. and tetiba aku dpt rasakan darah kua ngan byk. bila pergi toilet, ada ketulan darah beku besar ibu jari aku, pastu dah cuak2, panggil hubby. tunjuk kat dia. pastu banyak lagi y turun ke dalam toilet bowl. nasib baik aku pakai toilet duduk, bukan toilet cangkung. so boleh nampak ngan jelas ketulan y besar kat dalam.

dalam hati berdebar2, cuak, menggeletar aku gagahkan diri amek ngan putik kapas darah yang dalam toilet. n hati aku kuat mengatakan tu my baby, sebab bila angkat xterurai and memang menyerupai daging. kaler daging ayam mentah. letak lam bekas tunjuk kat hubby. pastu darah kua. sakit memang Allah saja yang tahu. *tapi xla sesakit nk beranak kot, sbb aku kan xpernah beranak so ianya sgt sakit bg aku .LOL

aku dah nanges2 sebab sangat sakit. hubby ajak g hospital. tapi aku taknak sebab fobia ngan doctors semalam. mana taknye, kena marah smpai mcm tu sekali. aku ingat lagi kata2 doc "kalau tak turun darah sampai kena tukar pad 2,3x jangan datang. kalau darah byk basah pad mcm 2nd,3rd day period br datang wpun kua darah beku.

so aku ralat. sebab satu hari darah yang kua mmg sket. until kol 2 br start byk. so cakap kat hubby, tunggu lmbat sket bia darah byk.senang nk gtau doc.yes, bunyi macam apa je kan. tapi aku fobia.memang aku sayangkan anak aku, risau anak aku, tapi aku trauma ngan doc tu. hubby  cepat2 call hospital company tapi dia just cover hubby, xcover spouse.

bila dah taktahan sakit sangat, baru gagahkan diri pergi HTAR again.time tu dah kol 3.aku bajet2 kol 6 jumpa doc maybe dia xmarah sgt mcm smalam ha ha ha. so bila sampai terus gtau dah kua daging. nasib baik orang dah beransur. xramai sangat. masa jumpa 1st doc, terang2 sket mata aku berair kembali. apatah lagi mengingatkan insiden malam sebelumnya. even doc malam td sendiri cakap, kalau kuar ketul mmg dah kena datang, kalau ikut hospital y x busy sepatutnya aku dah kena tahan kat wad tapi sebab dorg busy, xcukup wad maka aku kena balik ulang alik. rasa lega sket, at least aku tau apa yang aku buat betul.

bila doc call doc pakar yang bertugas, aku lega sebab dia doc sama yang aku datang masa hari pertama. kerjanya sangat lemah lembut dan sangat baik.syukur Alhamdulillah. bila sampai kat EPAU, nurse yang rawat aku 2hari berturut2 malam sebelumnya terkejut tengok muka aku. sebab dah pernah datang. so, aku cakap dah kua daging. tunjuk kat dorang, memang betul dah tu daging kata mereka.

nasib baik doc on call tu dah ada kat sana. ada orang yang datang lagi awal. so kejap je dah boleh jumpa. dia terus periksa bawah. aku xtahu secara mendalam medic nye term, tapi dia cakap OS closed. so dia cuci2 bahagian luar je. masa mula2 aku nampak gunting yang macam nk korek2 tu rasa sangat seram hahaha. tapi nasib baik dia tak masuk sampai dalam kan sebab OS dah tutup. doc cakap dah bersih, xyah cuci. bila scan memang uterus aku dah empty. dah xde.kompem gugur.

pastu dah boleh balik. time ni rasa macam dah ok sebab sebelum pergi spital dah nanges banyak kan. otw balik, hubby banyak diam je lam kete. aku pon diam. tetiba teringat, malam tadi ktorg dah excited cari2 nama utk baby girl. sebab hubby nak baby girl. nak bagi nama durratun. so ktorang cari la nama2 yang boleh combine. aku lagi suka nama delisha makna dia happy n make people happy. aku jadik sebak balik. nanges balik lam kete.

bila sampai rumah, papa baring kat riba. mama tahu (eh tetiba mama pulak) papa pon sedih sebab ni zuriat pertama kami. mama suruh papa baring elok2. n mama xleyh tahan then menangis dalam pelukan papa. terbalik jadiknya. mama nak legakan papa tapi jadik terbalik hehehehe

ktorang sampai umah lam kol 5 cmtu. so lepas subuh baru betul2 boleh lelap. kami redha dengan takdir Allah yang lebih menyayangi. belum sampai masanya lagi untuk kami. insyaAllah lain kali ada rezeki kami. 

pastu pagi tadi, ada satu insiden. selalu kalau papa buat mama majuk, mama report kat baby sambil pegang2 perut. tapi pagi tadi mama nak buat benda yang sama, mama pegang perut sebut baby, tapi terhenti ayat mama. "baby da xde mama xleyh nak ngadu dah " terus sebak balik. 

"Ya Allah berilah kami kekuatan dalam menempuhi ujian dariMu ini."

dan sekarang, mama n papa sibuk mencari info untuk orang yang mengalami keguguran. kena pantang atau tak. google sana sini. tanya sana sini sebab mama n papa xde pengalamam so xtau hehe. kalau korang ada tips jangan lupa kongsi.

updated : bleeding dah stop. pantang mcm tak pantang je ahahaha

p/s : entry ni lama dah hold...
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea