Jan 13, 2012

Bleeding..

at 9:42 PM
Assalamualaikum! :)

Masih ingat lagi kan pasal perjumpaan ngan doc utk buat BUKU MERAH? haaaa bagus2 sebab time tu kan ada tanya doc pasal bleeding. doc cakap kalau just kuar spotting, kaler coklat cmtu xpe but if kuar darah kena segara pergi hospital jumpa doc. 

Nak dijadikan cerita keesokkan harinya, mama n papa kua pergi klinik utk amek papanye blood test result, p etiqa amek dwet claim n petang baru balik. sampai rumah check tengok darah merah kua hampir penuh satu panty liner. mama dah cuak tapi cuba relax. tengok dulu kalau darah akan berhenti. Tapi sampai malam darah still x berhenti tapi sket2 je. kalau pakai panty nampak la merah. tapi kalau pakai pad, dia jadik merah-kehitaman-coklat cmtu.

dua2 dah gelabah xtau nk wtpe, msg my sister, kak U.G  nak tanya pasal bleeding tu. sebab beberapa hari sebelum tu kak ug pon bleeding jugak, tp cuma spotting je. n x sakit perut mcm mama. end up kak ug cter yang doc dah mengesahkan kandungan dia xjadi. baby's not there anymore. Alfatihah. So, what do you expect me to do, to react? of cos la nerves kan sebab mine kua merah, ditambah ngan sakit perut y amat. maka ktorg bergegas mencari klinik yang boleh buat scan.

malangnya, hampir semua klinik yang ktorg pergi xbuat scan waktu malam.abes serata shah alam pergi klinik. sampai di satu klinik y bukak 24hours, bila cakap2 doc amek BP, tapi xleyh nk scan. melayang RM20 for consultation saje kan. xde ubat xde apa, ckp je. pastu pergi satu klinik, time tu dah kol 1030. pembantu cakap doc datang kol 1100. tapi dorg x buat scan malam. kalau nak buat jugak kena bayar double. phew. double pulakkkkkkkkk.

then tunggu jugak, smpai doc smpai...bila cakap2, doc amek BP, skalik doc cakap "memang ktorg bleh buat scan tp bayar double lah. n sebenarnye mesin ktorg ni rosak sket so bleh scan je xleyh check kat bawah,eloklah pergi klinik kerajaan atau swasta y len" pulakkkkkkkkkkkkkkkk dah!

so ktorg rush la pergi HTAR. smpai kol 12 malam. tunggu giliran smpai kol 130 jumpa doc.cte n cte apa y berlaku doc panggil doc pakar on call, tgu lagi then kol 2 smpai kad wad ibu bersalin. aku ditahan bhg EPAU. menunggu lagi sejam smpai kol 3 baru doc dtg. scan kat perut kantung masih ada lagi. Alhamdulillah. doc check ikut jalan bwh, check OS, uterus, bla3 jgn tanya sebab aku pon xpaham haha.

then kol 330 dah boleh balik. sebelum balik nurse ada cakap ni kemungkinan tanda2 awal nak gugur. so tunggu app lagi 2 mgu untk scan. br bleh tgk baby time tu. dia ckp kalo kua darah lg skalik terus dtg emergency. kalau kua darah ketul terus dtg. kalau dah gugur ngan snirik xperlu cuci. so aku balik je lah umah..

ingat dah berakhir di situ je . tetiba malam tadi kol 1130 malam ade ketulan darah kua. cuak. neves. tapi ada lagi perkara y mendukacitakan....

to be continued..

p/s: bukan nk wt seprais ke ape tp sebab mls dah nk menaip, n entry ni dah panjang so aku smbung esok je lah ahhaahaha
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea