Jan 5, 2012

baby x sabar nak jumpa doctor

at 3:07 PM
Assalamualaikum!

harini papa cuti, excited nak bawak mama pergi jumpa doctor. bukan baby y xsabar, tapi papa hahaha. ok, alkesahnye, dah beberapa kali duk google pasal nk buat 1st check up kat klinik. nak buat buku merah bagai. so pagi2 lagi ktorg dah kua umah (act, xde la pagi sgt haha). sampai2 je kat klinik kat seksyen 7, ramai gila orang sampai xleyh nak parking. patutla blogger mumtobe tu pegi pagi2 lagi haha.

papa cari parking merata2, rembat je lah mana tempat kosong. pastu pergi kaunter. rasa macam cuak haha. tapi malangnya, kami xleyh wt check up kat situ. sebab bila cakap duk kat padang jawa, nurse tu suruh pergi kat padang jawa. katanya kalau ada y dekat, kena buat kat kawasan sendiri, dorang xleyh kacau penduduk kawasan lain haha. agak kelakar. disebabkan ramai orang kat situ so xde la kecewa sangat. kalau tak, maunye menunggu satu hari pulak. paham2 je la kan.

pastu pergi cari klinik padang jawa. jenuh la mencari keliling turun naik flyover tu. skalik nampak la papan tanda bulan sabit merah tu. patut la tak nampak. skalik building macam rumah org pon ade hehehe. klinik desa,sendiri mau ingat la hehehe. 

tengok xde orang. walaupun mula2 mama macam tak yakin je nak pergi situ haha. so bila dah masuk bagi salam jumpa nurse cakap nak buat 1st check up, dia suh datang hari selasa je sebab doktor ada hari selasa je. aiyoyoyo ini macam pun ada ke. sangat2 la kecewa haha. nurse tanya dah buat snirik ke ujian kehamilan tu. rasanya kalau tak buat lagi entah2 dorang suh balik wt snirik dulu hahahaha

begitulah alkesahnye cerita nak pergi jumpa doctor. baby takut nk jumpa doctor kot hehehehe. xpe, next week jumpa doctor okayyyy
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea