Jan 1, 2012

Selamat Datang Zuriatku

at 10:25 PM
Assalamualaikum! Sape rindu aku angkat tangan! hahahaha. Sedar tak sedar dah masuk tahun baru. 2012. tahun yang mungkin akan banyak perkara yang tak dijangka berlaku. entah, firasat hati aku mengatakan begitu :p

apa korang buat tahun baru? hari terakhir 2011 dan hari pertama 2012..apa aktiviti korang? aku mengakhiri tahun 2011 dengan begitu bermakna, dam menyambut kedatangan 2012 dengan penuh rasa syukur. sebabnya? tengok tajuk pun dah tahu kan hehehe

Alhamdulillah, pregnancy test menunjukkan 2 line. tak lain dan tak bukan, aku kini berbadan dua hihi. perasaan bercampur baur. gembira, terharu, cuak, takut semua ada. 1st time kot.

Alkesahnye begini, seminggu sebelum tarikh aku sepatutnya datang bulan(18dec), rasa sangat2 lah letih tak bermaya. suami cakap suhu badan aku pun menaik. panas macam nak demam je. tapi x demam2 jugak. aku pun duk tunggu jugak la sakit kt bhg y selalu sakit bila nak datang period. tapi xjugak muncul2. dah start cuak haha. pastu hubby cakap, tengok la nanti period ke tak baru tahu hehehe

mulanya aku dah rasa lega sebab masa 16dec tu aku rasa sakit. mcm sakit biasa before period. time dah terfikir "nak period dah yeay". tapi bila aku menghitung hari...1,2,3 dan sampai lah seminggu aku still x dtg period. tapi lekluuuuuu. sebab masa kat jepun dulu selalu gak lewat seminggu time winter. tapi kat msia ni winter kat mananye?? hahahaha. so wt cm biasa. wpun hari makin hari rasa sangat penat.

pastu ada hari-hari yang aku rasa mual. asal lepas makan je mual. rasa nak muntah tapi tahan je la. pernah satu hari kua ngan hubby, tetibe lam kete aku nak termuntah. u know, ada kua bunyi kan bila memula nk muntah. aku cepat2 tutup mulut. hubby terdiam. aku pandang dia, dia pandang aku. pastu ktorg gelak sama2. 2,3 hari lepastu pulak kat rumah. memang gila2 nak muntah xleyh tahan. lari2 pergi sinki. tapi mmg xde apa yang kua pon.aku gtau hubby, nak tunggu sampai 14hari..kalau tak period lagi buat preg.test..

tapi ktorg terus bukak website check tanda2 awal kehamilan. hahahaha
Tidak Datang haid. <-- yang ni sah2 la
berasa loya dan muntah-muntah (morning sickness) <;-- xkerap sangat so xyakin lagi
mengalami perut kembung.<;--- macam tak
mungkin lebih kerap membuang air kecil. <--; belum
mungkin berasa letih dan selalu mengantuk. <--- almost everyday
mungkin sering mengalami perubahan emosi. <-- hmmmm, mcm emosi time period la
mungkin membenci makanan. <-- tidak sama sekali haha
cramp di bhg perut <--- masa baca artikel terus rasa cramp kat perut. agak sakit. 2,3 kali gak la haha
suhu badan meningkat <-- diakui oleh suami
pregnancy test positif <--- yang ni belum buat, kalau dah buat kompem2 la kan hahaha

tibalah hari yang dinantikan. aku dah x engat semalam hari yang keberapa tapi bila lalu tepi guardian terus tarik tgn hubby cepat2 pg carik preg.test haha beli y xmurah x mahal. kang negatif membazir je :P bila balik rumah simpan dulu. sebab aku ada baca paling bagus nak buat ialah waktu pagi, sebab kandungan HCG paling pekat time ni. so ingatkan nak tunggu esoknya la, bersamaan 1jan2012. tapi hubby pon xsabar2 nak tahu maka aku buat je la petang tu.

cuaknye Allah sahaja yang tahu. memula bila letak kat urine semua kaler merah mcm bergerak ke arah tanda. aku dah cuak. dah rosak ke? kenapa jadik mcm tu? terlenbih letak urine ke? hahahaha lepas tu aku tunggu jap kemudian keluarlah 2line yang sangat jelas xleyh nak pertikaikan lagi. terus kua gtau hubby. tunjuk kat hubby. terus dia senyum2 golek2, muka bahagia. hubby berharap anak perempuan. aku? xkesah mana2 pun hehehe. bersyukur tak terhingga Allah kurniakan rezeki seawal ini. lepas ni kena banyak baca artikel lagi.

kalau sebelum kawen dulu sibuk baca  majalah remaja, wanita.... sekarang ni dah start beli majalan Pa&Ma. banyak tips dan ilmu yang sangat2 baru dan sangat berguna. 

oh tak pergi wt check up lagi kat mana2 klinik. akak cakap kalu g klinik biasa tu dorg check mcm kita check gak. kira mcm  due date y aku kira gak. so mcm taknak pergi lagi. tgu dah besar sket boleh g check kt klinik kerajaan. time tu dah boleh dengar jantung baby :D kalau korang ada nasihat dan tips berguna jangan lupa kongsi ok. sangat memerlukannya! thanks in advance.

Ilmu baru mama hari ini :
apabila telus melalui tiub fallopio, sperma mempunyai reseptor yang membolehkannya menghidu telur yang dipercayai berbau manis
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea