Assalamualaikum!
lama tidak menjengah. mood nk blogging dah kelaut! hak2
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya dikurniakan kesihatan yang baik, danjuga kesempatan untuk merasai bayi kecik ini membesar di dalam perutku yang xberapa nak besar ini..*konon2 la tu slim hak2
okeh! sekarang ini saya sudah pun berada di +-1/3 trimester kedua. (*xtau kenapa asyik nak tersasul semester pulak) bayi saya kini berusia 18minggu!! 4bulan stengah la kalo nk senang. Syukur Ya Allah.
So apa yang berlaku di semester kedua ini? jom kita sama2 kongsi...
Panjang bayi sekitar 6 inci / 14.2 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 7 auns / 190 gram. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion.
|
Perubahan pada trimester kedua.
PELUPA
dikatakan mmg menjadi fenomena lah disebabkan keadaan si sibu bekerja berlebihan utk bayi berkembang, sehingga menghalang kepada pemikirannya.
Aku? entahlah tapi rs kdg2 mmg cepat lupa tapi rasanya aku ni dr dulu lagi mcm ada short term memori lost haha. so x dapek nk dipastikan kuikuikui
PENING KEPALA
penyebab : pembesaran bayi dlm rahim menekan pembuluh darah besar, so tekanan darah menurun.
ni mmg xdinafikan. dr 1st trimester lagi pening kepala ni ada. tapi 2minggu kebelakangan ni dah berkurang. cuma kejap2 ada kejap tak ada.
BERDENGKUR
penyebab: peningkatan aliran darah dlm badan menyebabkan sesak nafas n pembengkakan membrane mukosa pd bhg dalam mulut. so akan berdengkut di waktu tidur.
yang ini pun diakui oleh suami, dia pernah dengar aku berdengkur kalau aku tidur dulu la. kalau dia dah tidur sah2 la xdengar sbb dia dengkur jugak. ops!
HIDUNG DAN GUSI BERDARAH
penyebab yang sama iaitu peningkatan aliran darah dalam badan. kadangkala hidung tersumbat
aritu pernah jugak gusi berdarah. tp xtau sebab pregnant ke sebab apa ..kerana aku ni jenis memiliki gusi sensitif. senang nak berdarah so kompius lak sebab apa
SENDAWA DAN BUANG ANGIN
penyebab : usus meregang dan akan berasa kembung perut
haaa yang ni memang sangat2 lah ketara since akhir trimester pertama sehinggalah sekarang. memang rasa kembung perut. angin penuh je. banyak sendawa jugak la. lagi2 kalau makan / minum benda yang boleh sebabkan angin. tak berhenti la sendawa. cth : air teh, jambu batu, kobis. ni kalau makan terus sendawa burb2 takpun sakit2 badan disebabkan angin
PAYUDARA MEMBESAR DAN KELUAR CECAIR KUNING
Yang ni adalah untuk persediaan menyusu bayi nanti, amat penting bagi bayi untk mimnggu pertama kehidupannya kelak
apa yang berlaku kat aku x payah lah diceritakan kot. tapi masing2 kena tahu la perubahan diri ni. so xde la terkejut kalau tetiba bra lama dah xselesa untuk dipakai.
SAKIT ULU HATI
rasa panas atau terbakar di bhg dada atau perut bhg atas.
penyebab:asid perut memasuki saluran mkn di atsnya.hormon progesteron meningkat n menyebabkan otot saluran pencernaan dalam keadaan rehat. rahim akan membesar, dan akan memberi kesan kpd bhg atas perut, sehingga mendorong asir perut naik ke saluran makan dan menyebabkan sakit ulu hati.
ni memang selalu jugak la terasa sakit pedih2, panas2 kat bhg ulu hati
so apa yang perlu dilakukan?
jangan makan terlampau byk teruatama sebelum tidur. tapi aku sekarang ni nafsu makan dah membuak2. haihhhhh
jauhi mkn pedas, berlemak n berminyak. ni payah betul nak elak. mcm mkn ruji dah. tp sekali sekala mmg akn elakkan lah
waktu tidur malam tinggikan posisi kepala yang akan menghalang asid perut drpd memasuki esofagus. aku bila nak tidur memang bantal siap segala tapi xlama pastu siaplak ngan kuak lentang renang berirama. sudahnye mmg tidur x berbantal le jwbnye
adeh mcm dah panjang pulak. nanti sambung lah ..nak kemas brg esok nk pindah umah. yeay!