Apr 2, 2013

Baby, cepat2 keluar plis!

at 10:58 PM
Assalamualaikum!

macam dah xsabar2 kan nak beranak. bajet dah cukup bersedia la tu mental dan fizikal..

kalau dulu xtau nak prepare ape, skang semua barang dah masuk bonet kereta..

kalau dulu xtau contraction tu mcm mana, skang mcm dah boleh agak...cuma kena gandakan sket kesakitan tu ketahap yang xboleh dibayangkan..

mana tak nye, haritu masa ngah elok duk lam toilet nak lepaskan hajat, tetiba rasa sakit yang luar biasa kat situ. tergenggam jugak la tangan ni menahan sakit. dalam hati terus terfikir, macam ni la kot rasa nak bersalin..tapi yang aku rasa ni mungkin la baru mcm bukaan 0.1 cm kot.hak2. cuba bayangkan bukaan 10 cm nanti sakit mcm mana. fuhh! x terjangkau dek akalku..

pastu malam tadi tetiba rasa x selesa sangat2 time tidur. mula2 rasa macam kebas/bengkak kat jari2.  selalu orang rs kat kaki kan, bengkak..darah x mengalir ke kaki.. tapi aku pulak rs kat tangan. mmg xselesa betul. kaki x pulak sebab tiap2 malam urut sebelum tidur.

lepas tu menggagau celup lam besen ada air. asalnya air tu utk basahkan tuala papa demam. last2 aku rendam tangan, hilang la sket rs sakit tu. tp last2 abes sebesen tumpah atas lantai sebab aku tertidur sambil letak tangan lam besen hak2..

tambah pulak ngan baby meragam dalam perut x bagi can langsung aku nak tidur mengiring, kiri ke kanan ke langsung x boleh.. selalu kalau lapik bantal kat perut boleh la mengiring sket. tapi malam tadi memang x bagi can. kena tidur terlentang la.. maunye x sesak nafas. rasa tersekat. so x berapa nak lena la mlm tadi.

bangun pagi2 tadi terus cakap ngan baby.. suh baby kua cepat2 hahaha. br xselesa tidur sket da xtahan nak suh baby kua.. belum tau lagi azab nak bersalin mcm mana kan. wuwuwuwu

apa2 pun semoga semua dipermudahkan.kwn sy dah selamat bersalin. dia mmg due 2mgu awl dr sy. maksudnye sy pn 2 mgu lagi ke? ataupun bila2 ms je dr skang?

fuhhhh. mari berusaha!
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea