Assalamualaikum!
haaaa post yang sudah lama tertangguh....baru berkesempatan nak sambung ni. kita lupakan dulu detik-detik cemas itu...
ingat lagi x cabaran dan dugaan nak memilih nama baby? lupa? xpe2, nah sila jenguk part 1 di sini.
suatu hari tu, aku teman hubby pergi jumpa kawan dia, orang egypt yang bahasa ibundanya al-lighatul a'rabiah...
pungpangpungpang dorang borak, aku sengih2 macam kerang busuk sebab susah nk paham english mamat hensem tu ... sehinggalah hubby gtau dia yang ktorg ni ngah expecting our 1st baby. pungpang2 masuklah bab nama anak.
dia pesan la, nak letak nama anak ni make sure nama yang bagus, yang ada makna..sebab tu nama yang orang akan panggil seumur hidup..
alang2 tok guru depan mata, kami tanya la few names..apa maksud nama2 tu.. antara yang kami tanya
qaisara. sebab dalam buku maksudnya permaisuri. tapi mamat egypt tu cakap nama tu xde makna in arabic. nama tu sebenarnya nama seoarang raja di negara barat sana...bla3
danial : walaupun dikatakan nama seorang nabi tapi mamat ni cakap nama ni banyak keluar dalam bible sebenarnya
durrah : permata. kami tahu makna yang ni tapi kami tanya, boleh ke kalau kami nak tambah jadik durattun bila nak tambah nama lain kat belakang. contoh durattun ain. then mamat tu tanya balik kat ktorang, "ada makna ke kalau tambah mcm tu? mana boleh suka2 hati je tambah2 sendiri kat sesuatu perkataan. sebab in arabic da jadi xde makna..
and so on....
perbualan malam tu buatkan aku terfikir sejenak. bukan mudah nak cari nama yang sesuai, yang betul2 mempunyai makna. kadang2 kalau google je kat website berlambak2 keluar nama yang indah2 tapi sebenarnya makna tu xde pun dalam bahasa arab..ataupun nama tu sebenarnya dalam bhs lain, yang membawa makna entah apa2.
hmmm...
sehinggalah our baby lahir, masuk hari ke 6 pun kami masih bertungkus lumus cari nama haha. lagi menyukarkan kata muktamad sebab aku dan hubby x sependapat. yang mana aku berkenan, hubby pulak x berkenan..dan begitulah sebaliknya..
bila hubby kat ofis, aku ngan akak aku cari2 nama yang rs berkenan. jumpa la satu. tapi turn out hampir sama ngan nama anak saudara hubby. nk buat cmno, anak sedara saje dah 23 orang. maunye x sama kan
dan hubby berkeras nak letak nama starting with D, no matter what. bila cari2 tak banyak nama starting with D. pastu tambah lagi, nak 2 nama pulak. nama depan D, nama belakang Z..hadoiiiiiiii...so , suruh hubby carikan sendiri nama..sebab dah nak kena pergi daftar buat surat beranak, nak taknak kena setelkan malam ke 6 tu jugak..
nama 1st aku dah berkenan, nama yang start with Z tu aku x berapa berkenan. nak suh letak 1 je, hubby xnak pulak. carik punya carik, aku suh tukar je nama kat belakang tu. biar D tu kat belakang. letak nama lain kat depan. bila aku usulkan nama kat depan, hubby masih lagi xpuas hati. so aku biar je dia lagi sekali bertungkus lumus, mengadap buku senarai nama2 bayi, dengan laptop kat depan..mcm nak buat research apa je hahaha
akhirnya, dapatlah jugak nama yang aku pun malas nak fikir panjang dah, terima je la. plus, makna dia pun ok je. xde la complicated sangat.
tapi ingatkan habis kat situ je.. ada lagi x selesai. sebelum tidur malam tu, aku tanya hubby, macam mana nak eja? nak tau dia jawab ape?
" alaaaaa, yang tu esok la fikir. penat dah ni cari nama "
HAHAHAHAHAHAHAHAHA
aku x sangka, memilih nama baby adalah sepayah ini untuk hubby. lepas pungpang2 beberapa kali, akhirnya kami berdua bersetuju dengan nama ini.
NUREEN DAMIA BINTI MOHD ANUAR