Mar 5, 2012

Sesi Penggulungan!

at 9:11 PM
Assalamualaikum!

Akhirnya sudah smpai masanya sesi penggulungan! penat nak tunggu, baru la selesai. tak sangka pulak akan jadik berjela2 pulak entrinya. baru je pra-honeymoon. belum lagi honeymoon hak2

So, here we go.....

Aku takkan gtau lah cmne jalan nak pergi ke Bukit Tinggi ni atau to be specific Berjaya Hills Resort. masing2 google lah okay.

Memula sampai kena bayar rm12 untuk dewasa. untuk kanak2 aku tak berapa nak pasti lah sebab time tu x bwk kanak2 lain pulak. masuk2 je kami ikut direction untuk ke Colmar Tropicale, hotel yang kami tidur untuk satu malam.

Nanti dah smpai berdekatan akan ada guard tanya, nak g jalan-jalan ataupun check in. So kami pergi check in dululah. Atas sebab sedikit salah paham, bilik yang hubby booked xmasuk sistem dorang, so kami kira bernasib baik, ada bilik kosong. 2 katil single. kami bagi deposit rm300. berserta ngan tiket nak masuk td. bila check out dapat balik pulangan rm59. duit yang bayar kat entrance dipulangkan balik.

kawasan sekitar yang korang boleh pergi jalan2 ialah kawasan sekitar Colmar Tropicale. kemudian Botanical Garden & Japanese Tea House. masuk adalah percuma. cuma, kalau nak pakai yukata dan bergambar rasanya rm26 untuk dewasa. baju kanak2 xde rasanya. 

Kemudian boleh pergi taman haiwan. tapi ni di luar jauh dari Colmar Tropicale. kiranya dah keluar terus la. kami pergi masa on the way nak balik umah dah. bayaran masuk rm3. ada keldai, rabbit dan rusa.

Bagi aku lah, tak pergi bermalam pun tak mengapa. pergi balik hari aje. makanan bawak siap2. sebab kat sana sumer mahal2. kat sana banyak kawasan2 bawah pokok contohnya nak berkelah ke. lagi seronok. rasa xberbaloi untuk korang stay 2,3 malam di situ sebab xde apa yang nak dibuat kalau stay lama2. persembahan tarian pon ulang y sama je.


itu sahaja sesi penggulungan hehe
Sekian, terima kasih.
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea