Assalamualaikum!
Arini nak cerita kisah si kecil yang tiba2 meragam.
Kan sebelum ni letak je damia lam car seat kalau ambil dia dari babysitter. All this times, no problem at all. Yang penting, bekalan susu botol kena sedia lah. And kena si kecil dalam keadaan kenyang dan bukan masa untuk tidur.
Alkesahnye.....
Hari isnin, kebetulan dengan japan public holiday maka aku pergi lah klinik utk check up 3 bulan. Pergi berdua aje lah dengan si kecil. Bajet xde problem lah kalau letak je dia dalam car seat nanti.
Appointment pukul 3petang.
Pagi tu dia tidur aje lah, sama ngan mamanye ikut terbongkang skalik hak2. Kemudian tengahari bangun pastu start la rutin pyh nak tidurnya. Bila duk atas riba mama, dah tidur pun tapi asal letak je atas katil jaga balik. Duk gitu je la sampai pukul 2 lebih. Mama nak lipat kain pun xsempat abes, asyik terjaga aje.
Then, pukul 230 siap2kan damia, tukar pampers bagai geraklah ke klinik berdua. Sepanjang jalan tu kejap2 dia hokhekhokhek. Mata mengantuk gitulah jadiknya. Sampai je klinik, lepas daftar aku pun pergi terjah bilik menyusu susukan dia. Tertidur la dia , dah memang mengantuk kan.
Pastu kena panggil. Terpaksa stop menyusu jap. Kalau nak tunggu abes menyusu memang lama lah. Then pergi jumpa nurse, ukur tinggi berat segala pastu pergi cucuk. Time ni mcm biasa la, bila rebahkan dia mcm nak menyusu tu terus nanges, kena cucuk lak nanges lagi. Tapi damia good girl, lepas cucuk terus diam.
Aku happy la. Xtau apa yang bakal menyusul.
Pergi kat kereta, sambung susukan damia then dia tidur. Oh ya, masa check up tadi, nurse pesan suh bukak sarung tangan sebab skang dia dlm proses nak explores with her hand. Damia pulak kalau bukak sarung tangan, cepat sangat rasa terkejut n ketakutan sebab tangan dia terkapai2 bila xde sarung tangan. Dunno why...
Ok sambung. Bila dia tidur aku angkat la nak letak lam car seat, terus tangan dia terkapai2 pastu terjaga pastu nanges macam sakit yang amat sangat. Dia mcm gayat bila tangan terkapai2 tu. Aku angkat balik pujuk2 sket, susukan pastu tidur pastu letak balik, tapi dia nanges balik. Setengah jam duk mcm tu, ulang alik dari tpt driver ke sebelah nak angkat dia.
Masa dia ok sket, hisap2 tangan aku ingat ok la. Gerak la nakk g ambil hubby lak. Xsampai 5 minutes dia nanges balik sebab dia dah x hisap jari pastu terkapai2 balik. Nanges memang gila2 la. Masa tu on the road xde tempat nak berhenti. Aku pun nak nanges skalik. Last2 berhenti kat simpang xde orang.
Pujuk2, susukan dia sampai tertidur tapi bila cuba nak letak automatically mata terbukak, sebab tiba2 terkejut tangan terus terkapai2 then nanges gila2.
Muri2. Impossible!
Sudahnye aku duk je kat situ dari kol 5 sampai la kol 630 petang tgu hubby datang amek. Terpaksa la hubby naik teksi dari stesen lrt. So, damia ketiduran ajelah sudahnye.
Hmmm Xtaula kenapa.
Esoknya pergi ambil dr umah babysitter ok pulak duk dalam car seat. Maybe xselesa kena cucuk kot. Nak kena peluk aje sokmo. Manja sungguh anak mama ni.
k.anum · 611 weeks ago