Aug 21, 2013

Cerita babysitter damia part 1

at 9:07 AM

Assalamualaikum!

Dengan ini diumumkan damia sudah bertukar babysitter.

Yes!

Setelah sebulan setengah, we decided to stop the service.

So apa yang berlaku sebenarnya? Cerewet sangat ke aku ni? Damia kena dera ke? Jeng jeng jeng....

1st few weeks, semua kelihatan ok sahaja. Biasalah bila pergi ambil damia, kadang2 dengar je dr lua dia tengah menanges. Bila tanya, jawapan standard.

"Alah, biasala dia nak tidur"
"Baru bangun tidur"
"Bosan xde budak2 main dengan dia"

Well, at first aku pun ok la. Yela, damia mmg xsuka kalo xde org entertain dia, duk sorang2 mg akan bising2 sket then kalo lama sgt dibiarkan sorg2 mmg akn nanges. So aku paham la. Kt umah pon damia nanges jugak, xde la aku nak expect damia x nanges langsung bila duk ngan babysitter kan.

Then, makin lama makin terserlah. Setiap kali pg amek , mata damia merah2, dan keletihan. Xcukup tidur.  Bila tanya,  damia mmg xtidur langsung lepas bgn t.ari. selalunya, damia mmg akan tidur blk sesi petang. Xde la tidur je manjang. Tapi selang 2 jam ke lepas bgn t.ari dia akn tidur blk. Bila tak ditidurkan, mengamuk la dia. Sebab tu bila pg amek damia kepenatan.  Kadang2 baru lepas nanges teresak2.

Patern baby nanges mmg lain2. Baby lain ak xtau tapi kalau damia aku tau la. Kalau nanges smpai teresak2 tu selalunya ada 2 keadaan.

1. Orang kacau tidur. Memang dia akan nanges smpai teresak2 kalau tak ditidurkan balik.
2. Dibiarkan terlalu lama tanpa pengawasan. Selalunya kalau xde org sekeliling y entertain, dia akan hokhekhokhek dulu. Bising2 dulu. Tapi kalau laaaaaaama sangat mmg dia akan menanges gila2 smpai teresak2 lepas tu.

Aku masih bersabar.

Nak tahu berapa orang budak dia jaga? 9 termasuk 2 org anaknya. Phewww. Bayangkan, jaga sorg baby pun da semput x nyempat2 nak buat kerja rumah. Inikan pula 9!

Mulanya dia jaga sorang umur 1year++ , planning nak berhenti dah katanya. So sepatutnya damia sorg la. Tp xjadi, so ak pun ok la. 2org je pun. Then the next day datang .. eh dah tambah lagi sorang umur 11 bulan. Esoknya dtg, eh da tambah umur 2tahun tp shift petang smpai mlm. Dah 4 org. Tambah anak dia umur 3th n 5 thn. 6 org.

Ak masih lg ok.

Selang beberapa minggu, tetiba bertambah lgi 3 beradik. Umur 3 bulan, 3 thn n sekolah rendah. Ak terkedu kejap. Tp diam lagi...

Sehinggalah......

Aku sambung part 2 pulak. Panjang sgt dah ni bosan menulis.

K,bai!

Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea