Aug 23, 2013

Lagi sejengkal nak jatuh katil!

at 7:38 PM

Assalamualaikum!

Sekarang damia sudah pandai meniarap dgn jayanya! Kalau haritu beberapa kali percubaan br boleh meniarap kan, tapi lepas berjaya aritu damia dah semakin maju!

Sekarang ni, asal letak je bawah terus mengiring ke kanan dan terus meniarap.  Kalau tengah tidur pun, kalau terjaga lapa susu terus mengiring ke kanan nganga2 mulut mintak disuap!

Alkesahnye semalam, aku dan damia tidur dulu. Seperti biasa lah, damia mmg akan tidur kat tgh2 katil. Tapi malam tadi hubby tidur lambat, di sebelah kanan damia kosong la. Aku letak bantal golek baby je utk back up belakang dia time menyusu.

Pukul 2 aku terjaga, sbb dengar damia hokhekhokhek nanges manja2 gitu. Bila bukak mata je.....macam nak gugur jantung. Damia tengah meniarap sambil gosok2 mata ngan tangan, sejengkal je dr hujung katil. Kalau dia pusing je lagi sekali mmg terus jatuh dari katil setinggi lutut tu.

Nasib baik dia xpandai pusing terus lagi sejak da pandai meniarap ni.

Nampak gayanya kena buat pembaharuan. Antara 2.

1. Tidur bawah
2. Beli baby cot

 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea