Jul 17, 2010

jangan macam ni!

at 3:57 PM
salam semua! =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

habit aku bila tengok cerita. kalau ada part2 yang tak best.part yang aku rasa orang tu jahat. aku akan pesan kat dia.

"awak jangan macam ni tau"

walaupun benda tu kadang2 rasa macam impossible untuk dia buat, maksud aku ialah aku tak rasa yang dia akan buat macam tu. tapi aku tetap nak jugak cakap kat dia macam tu kekeke

tak kesah lah pasal apa. kalau aku tengok cerita jiwang2, cerita chenta ke.pastu ade part curang ke atau apa-apa sahaja aku pun terus gtau kekeke. kadang-kadang kita risau tenta masa depan. bila tengok cerita pasal relationship ke, hubungan bila dah bertunang(darah manis kata orang), kehidupan lepas kawen ke buat aku risau jugak. sebab tu suka pesan2, saling menasihati di samping sebagai ingatan untuk aku jugak.

orang cakap bila dah bertunang ni lain sikit. aku cakap sama je kot. tapi ada lagi orang tegaskan.

LAINNN~
baiklah.wakarimashita. 

aku tak tau apa yang lain sebab belum bertunang keke. eh.eh.dah2.dah bertunang tapi belum buat majlis mengikut adat tu.so xtau macam mana. entahlah.nak jugak cakap sama je. cuma mungkin akan berbeza mengikut apa yang ko rasa bile berada dalam setiap stage relationship.

yela, kalau masa ngah bercinta mungkin komitmen xberapa padu sangat lagi.so banyak perkara dipandang remeh.sesetengah orang la.jangan la buat muka angkat kening berkerut dahi macam tu.tak kata kat kamu pun.

 lain pula bila dah bertunang. masa ni dah betul2 serius dan dah nampak bayang2 masa depan. ada ke orang bertunang tapi tak rancang bila nak kahwin? xde kot.sebab selalunya orang yang dah ada perancangan nak kahwin je yang akan bertunang. angin tak ada ribut tak ada tetiba nak bertunang. bila nak kahwin? entah. 

ada ke orangmacam tu? pelik benor. so bila kau dah nampak hala tuju, baru la serius sikit. perkara sebelum ni yang dipandang remeh pun dah jadi tak remeh. dah ada perasaan nak 'menjaga'. abes yang playboy kat luar sana dah bertunang,dah kahwen mengaku single tu pe cerita? aaa yang tu dikecualikan sebab memang kekurangan ajar!

bila dah kahwin tu lagi la kena bagi full komitmen. so berbalik kepada apa yang aku cakapkan tadi la.depends on how serious you take it in every stage. betul ke aku speaking ni? kekeke apa-apa pun dalam setiap stage yang ko lalui tu, sama je. hati yang sama yang kau nak jaga. 

ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬ 
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (26)

kita ni, manusia di dunia ni kalau nak carik partner tuh nak jugak yang SEMPURNA. lelaki ke, perempuan ke sama je. bila nak kahwin nak yang boleh bimbing kita ke jalan yang benar, beriman dan banyak lagi la ciri-ciri nya. aku tertarik dengan satu ayat yang aku baca dalam blog mana ntah tak lama dulu.

jangan sibuk mencari tapi perlu menjadi. duk sibuk nak cari yang sempurna tapi kita tak sempurnakan diri sendiri lagi. so, why not kita sempurnakan diri kita dulu. bila semua orang dah berusaha menjadi , maka yang ada depan mata pun insyaAllah yang sempurna. tak perlu risau nak cari =)

what say you?
Daisypath Anniversary tickers
 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea