Assalamualaikum!
Meh harini nak bercerita pasal stok susu si damia ni pulak.
frankly speaking, aku memang xbuat stok susu langsung masa berpantang. Walaupun tahu kena buat stok.
aku da start pam susu masa minggu pertama lagi sebab mengalami bengkak susu. Memang nak menangis je tapi belum sampai tahap demam lagi lah. Susu memcurah2 tapi demand rendah. Biasalah, baby bukan minum banyak pun lagi. Setakat 2 sudu cmtu je kan.
bila berpantang kat kampung mertua, aku pam juga tapi bukan niat untuk buat stok . Cuma taknak berlaku pembaziran susu mencurah2 dan juga nak melatih damia hisap pakai botol. Masa ni, aku pam dapatlah 1oz je sehari untuk 2 sesi. X pam kerap pun. Sebab memang taknak buat stok bila fikir susah nak travel sana-sini bawak stok. Nanti nak balik rumah abah kat kampung lagi, so aku malas pening2 kepala. Duk fikir balik umah sendiri baru nak buat stok.
so kehidupan bpantang aku memang pam hanya untuk bagi dami minum atau travel dekat2 je lah.
balik sini 2 minggu sebelum start kerja. So aku plan nak buat stok time ni lah. Alkesahnye, masa minggu pertama damia meragam disebabkan kecuaian dan kekurangan pengalaman sebagai ibu muda, damia menangis dan langsung xboleh letak bawah. Tidur pun kejap2. So sesi pengumpulan stok terbantut. Sehari 1oz je kot. Susu pun macam merundum sebab mamanya stress sekali kot. Kadang2 susu x keluar, perasaan damia x cukup susu asyik menangis, terpaksa guna stok untuk bagi kat damia minum. Xberganjak la stok susunya.
masuk minggu kedua, damia dah ok. Aku beransur pulih dari segi mental. Baca post sana sini dekat forum, macam mana nak banyakkan susu, tips pemakanan, dan juga cara pam. Alhamdulillah, mula2 sikit, lama2 makin banyak. Orang lain kumpul sampai beratus2 oz susu sebelum kerja. Cuti pun 3 bulan kan. Tapi aku buat setakat mampu je lah. Sekarang dah ada 40oz dalam masa seminggu! Satu pencapaian untuk ibu muda macam aku kan?
dari segi pemakanan, aku usahakan minum banyak air sebab aku ni jenis liat nak minum air. Sehari 3gelas je kot selalunya. So aku dah tambah air banyak2. Lepas tu minum susu. Cari punya cari, aku cuba minum horlicks, minum air halba dan makan lobak putih. Alhamdulillah memang berkesan. Kalau awal2 dulu 4 kali pam baru dpt 3oz, sekarang 2 kali pam dapat 5oz dah. Satu sesi dalam 15-20min.
teknik pam pulak, setelah diselidik2 aku cuba teknik power pumping.memang berkesan. Buat sebelah2 setiap 5-10minit tukar2. Dan mungkin aku rasa pam y aku guna x kuat sangat suction, so sambil pam aku marmet sekali. Banyak keluar. Syukur2. Sempat jugak kumpul stok sebelum kerja lagi 2 hari.
Semoga kat ofis nanti boleh terus kumpul stok banyak2. Xbanyak macam orang lain smpai penuh 1 peti ais pun xpe asalkan cukup untuk bekalan damia.
cuma sekarang kena banyak cari maklumat untuk bulan puasa. Yosh!