Jun 16, 2013

Kehidupan baru

at 7:22 AM

Assalamualaikum!

Sudah seminggu aku masuk kerja setelah 64 hari cuti bersalin. Sudah masuk fasa kehidupan baru, seorang ibu dan surirumah yang berkerja. Uwah panjangnye status kan.

Rutin harian xberapa nak berubah mana sebab sekarang ni mak mertua yang menjaga damia chan. Setiap hari memang tinggal cmtu je damia kat dalam bilik kalo dia x bgn lagi masa kami nak keluar pagi2 lam kol 7. Umah dekat ngan office,  by 730 da boleh sampai.

Lepas tu kol 430 dah boleh balik, kadang2 balik lambat tgu suami.

Balik rumah, mak mertua dah siap masak dinner. Aku balik mandi, solat, n kalau damia dah bangun nak menyusu aku akan susukan smpai dia tidur.  Lepas tu prepare bekal susu siap2 dalam bekas untuk damia minum esok hari. Siapkan baju untuk kerja keesokan harinya.

Selalunya dalam pukul 12 baru boleh tidur. Sebab damia byk tdo siang. Di malamnya kol 9 dia bgn , berjaga la smpai kol 11 hokhekhokhek nak tidur balik.so masuk bilik dodoikan kat katil.

Kalau damia lena, lena la aku tidur. Kalau damia hokhekhokhek je malamnye, aku pun ikut sama la hokhekhokhek haha. Sehinggalah keesokan hari juga dikejutkan oleh damia.

Macam ni pun da rs penat sangatttttt, erm lebih kepada mengantuk la. Mlm tu rs penat mcm ape je. Nanti da nak kena hantar kat babysitter. Sure lagi penat. Ngan nk siapkan makan malam lagi. Haruslah order je kan haha

Sekarang kalo damia nanges, bila gelabah ke apa ada ramai orang nak hulur2. Nanti aku berdua je la hehe. Oh skang kat office da start rs mengantuk. Mata merah. Semua org tegur. Jawapan aku senang. Org dah ada anak mmg cmni hak2.

Semoga aku terus kuat dan tabah! Menjadi ibu yang baik untuk anak-anak. Eh anak2? Haha

 

STEP BY STEP~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea